Translate

Pengikut

Sabtu, Mac 31

Berakhir sudah Program Gotong Royong Perdana Prasekolah bagi Tahun 2012

      Salam 1 Malaysia, kami selaku pihak pengurusan prasekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa dan JK Permuafakatan Waris yang sudi hadir ke Program Gotong Royong Perdana Prasekolah SK Putrajaya Presint 11(2)  dan bersama-sama menceriakan prasekolah bagi tahun 2012.

      Program yang diadakan ini merupakan program tahunan kami dan pada tarikh 31 Mac 2012 ini merupakan program pertama di bawah pengurusan pihak prasekolah. Kami berharap program ke-2 iaitu SUKANEKA PRASEKOLAH yang akan diadakan pada 5 MEI 2012 mendapat sambutan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada ibu bapa dan pihak JK Permuafakatan Waris sekalian terutama Pengerusi En. Muhamad Rashidi B. Hj. Sabri, Timb Pengerusi En. Rizalman B. Shahbranda dan    orang kuat program En. Fizal B. Dato' Fauzi atas sokongan yang tidak berbelah bahagi dan sudi membantu kami melancarkan dan melaksanakan program pertama waris bagi tahun 2012. Semoga usaha kita diteruskan demi kecemerlangan anak-anak prasekolah SKPP11(2)

Alhamdullilah, thn lps ada perancangan untuk parents buat tanaman tp x menjadi kerana kurang sambutan tapi thn ni alhamdullilah, hasil sokongan semua dapatla taman mini untuk murid2 prasekolah disiapkan...

urusetia program

guru2 dan ppm2

sambil menanti kedatangan waris....

masih menanti......hujan pulak tu...kali ke-2 gotong royong diadakan pada musim HUJAN!

Akhirnya tepat jam 8.30am bermulala acara senamrobik kami.... :) instruktor senamrobik Puan Wan Norlelawati Bt. Wan Abd Kadir yang juga guru kaunseling di SKPP 11(2) sudi mengetuai senamrobik pada kali ini...terima kasih daun keladi, tahun depan sudi-sudikanla lagi ya..

Sebahagian kaum bapa yang hadir, sangat sporting menyertai senamrobik kami 


sebahagian kaum ibu juga sangat2 sporting, kelihatan Guru Besar Puan Norihan dan Penolong Kanan Pentadbiran Puan Rohani menyertai senamrobik kami dan memberi sokongan penuh kepada acara daripada pihak pengurusan prasekolah.






semakin rancak dan rancak...

bermulala gotong royong kami menceriakan prasekolah dan tandas dengan warna warni sukahati :)


Guru Besar dan Waris Pra En. Fizal B. Dato' Fauzi yang banyak membantu dari mula hingga akhir...tu pun masih lagi berbincang untuk mencantikkan taman prasekolah..terima kasih banyak.

Kaum bapa yang sangat sporting bekerjasama sambil beramah mesra...antara objektif gotong royong prasekolah adalah untuk menjalin siratulrahim di antara guru dan ibu bapa, ibu bapa dan ibu bapa selain untuk menceriakan kawasan di persekitaran prasekolah SKPP 11(2)/..alhamdullilah, objektif kami tercapai..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Persembahan Senamtari 2012

Video Pertandingan Tarian di SKPP 8(2)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog

Pertandingan Tarian 2012

Pertandingan Tarian 2012

Pertandingan Kreativiti dan Estetika

Pertandingan Kreativiti dan Estetika

Tarian 2013

Tarian 2013

Pertandingan Rekacipta

Pertandingan Rekacipta