Translate

Pengikut

Rabu, November 21

Pertandingan Tarian Rampai Peringkat W.P Putrajaya

Salam 1 Malaysia....blog admin hampir bersawang...almaklum kesibukan sebelum cuti bermula dan walaupun dah cuti tapi semua memori tahun 2012 perlu direkodkan...jadi hasilnya kena masukkan entri mengikut perjalanan tarikh... :)

Pertandingan tarian pada 20 Oktober 2012 berlangsung di Dewan SK Putrajaya Presint 8(1)..alhamdullilah walaupun memulakan latihan hanya pada 19/9 hasilnya agak memberangsangkan...mendapat pujian daripada penyelia prasekolah Jabatan, ibu bapa yang hadir, juri cuma nasib tidak menyebelahi kami apabila hanya berjaya menduduki tempat ke-4. Insyaallah ada rezeki akan cuba lagi pada tahun hadapan... :)

hadiah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran W.P Putrajaya Tuan Haji Jamaluddin B. Yusoff

para peserta....terima kasih kerana bekerjasama dengan baik...walau kita tidak menang tapi anda semua adalah yang terbaik.


pada pertandingan tersebut, beberapa hadiah turut disampaikan dan sekolah berjaya memenangi JOHAN Pertandingan Sudut 1 Malaysia, JOHAN pertandingan Keceriaan Dapur Prasekolah.Puan Azializa juga mendapat Anugerah PPM Terbaik Peringkat W.P Putrajaya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Persembahan Senamtari 2012

Video Pertandingan Tarian di SKPP 8(2)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog