Translate

Pengikut

Aktiviti Kami

Sekitar Sambutan Hari Lahir Murid Ixora...

Inilah birthday girl nye...terima kasih kepada Adrieanna kerana menyediakan kek untuk semua warga prasekolah SKPP 11(2)




Kek cawan yang bersusun kemas dan tentu sekali lazat :)



3 Februari 2012

Puppet Naga






31 Januari 2012

Tema: Perayaan Tahun Baru Cina

Salam 1 Malaysia, lama tak update page aktiviti kan...bukan apa banyak perkara lain yang perlu didahulukan dan insyaallah admin akan berusaha update semua aktiviti2 anak didik prasekolah skpp11(2) supaya ibu bapa sedikit sebanyak mendapat info tentang aktiviti seharian anak mereka di sekolah tetapi mohon maaf jika ada terkurang dna terlebih kelas yang expose tu yek :)

selesai sudah...masing-masing berebut bila cikgu cakap nak ambil gambar..biasala siapa tak suka kamera kan dan sebenarnya itu bukan ugutan tetapi galakan...bila mereka ingin memulakan kerja, cikgu dah pesan dulu..buat cantik2 kalau nk ambil gambar tau :)

bangga dengan hasil kerja masing-masing..cikgu cuma tolong letak salotype je sebab gam dah habis....yg lain memang mereka buat sendiri terutama ketika menggunting...syabas semua...

comel2

alamak Nana x msuk pulak gambarnya...sori nana....
Danial Haziq..tahniah!akhirnya berjaya membuat kerja menggunting walaupun perlu diperbaiki lagi..yang penting Haziq dah faham apa itu belajar kan 




29 APRIL 2011

MAHKOTA KEBESARAN ALAMANDA :)


Ini cerita  hr Jumaat sebelum cuti panjang...sebenarnya kelas Alamanda belum sampai tema pakaian dan aksesori tp  disebabkan kelas Ixora dah buat dan ajak join pakaian beragam maka saya pun tak tolaklah..dan hampir 100% murid2 yang dipesan supaya memakai pakaian biasa hadir dengan bergayanya. Apabila tengok mereka bergaya dengan baju yang cantik2 sayang pulak kalau takde aksesori so, on the spot terlahirla kraf mahkota ini...b..
ab mereka corak, murid-murid membuatnya sendiri tapi bab mengerat saya yang buat..bahaya tu pakai carter. rasanya ibu bapa ada melihat mahkota anak2 kan sebab mereka merayu2 untuk membawa mahkota pulang dan saya pun izinkanla....selalunya saya suka simpan dan gantung di sekolah saja tapi untuk kali ni saya izinkan..

xpela...minggu ni tema pakaian kelas kami saya buat kraf topi pulak yek....









21 APRIL 2011

KRAF PENYU 
Add caption

Group Boys

adam dan adyan

21 APRIL 2011

penyu2 di Alamanda


salam 1 Malaysia, masa tema pasir hari tu putus idea nk buat aktiviti apa...sebabnya nak main pasir, pasir takde, nk tanam pokok...matahari takde, nak buat kolaj pasir..PPM tak cukup..sape nak tolong kemas oii..so, fikir punya fikir punya fikir..buatla penyu, penyu memerlukan pasir untuk bertelur, dengan pengetahuan sedia ada, murid2 mengetahui tentang penyu bertelur dan menimbus telur2nya..thumbs up untuk anak2 cikgu.jom tengok gambar2 mereka dengan kraf penyu masing2...

Syahirah

iman athirah


group girls 




21&22 APRIL 2011

Salam, minggu ni tema Air..seronokla anakanda Alamanda bila cikgu ajak buka kedai aiskrim sesaje...:)

bermula dengan kolaj aiskrim....

sukala tu amik gambar Afiq dengan hasil kerjanya.....sebenarnya belum siap 100% tp biasala cikgu terlebih excited..

Nadzmi ni marah ke suka ek...?

Lepas buat kolaj, kami buat aiskrim sendiri...tp malangnya lupa nak amik gmbar..apa taknya masa nak makan tu berebut-rebut kerana kelazatannya dan paling seronok bila murid kata " terror la cikgu..mana cikgu belajar buat aiskrim ni. macamanapun saya kongsi kan resepinya di sini, mana tau..ibu-ibu nak try ke nanti kan....

2 mug coffemate
2 mug dutch lady coklat
3 susu besar gula
4 sudu besar milo
(semua bahan tersebut dikisar yek)lepas tu masukkan dalam bekas ikut suka dan masukkan ke dalam peti ais..lepas 3 jam keluarkan semula dan blend lagi bersama chocolate rice atau biskut oreo pun boleh...lepas kisar, masukkan semula dalam peti ais sehingga 5 jam dan bolehla dimakan...YUMMY!

oleh sebab di pra hanya 4 jam, maka saya mula buat pada jam 8.30 pagi dan 11.45 saya kisar semula untuk tekstur yang cantik dan hr Jumaat baru makan..terima kasih kepada 'parents' yang sporting bila anak-anak bawa roti untuk dimakan bersama-sama aiskrim....sayang tak dapat snap gambar sebab bizi sangat layan keseronokan mereka makan aiskrim buatan sendiri.

18 APRIL 2011

Anakanda Alamanda yang menang pada pertandingan mewarna sempena Minggu Kecergasan...Tahniah kepada Yus Arfan (tempat pertama), Muhammad Hariz Iqwan (tempat ke-2), Siti Zulaika (tempat ke-3)


ABC,WATERMELON,ICE BLENDED  ..YUMMY!
salam....masalah line problem...x berapa nk laju..adakah kerana pakej murah? hheheh..lebih kurangla.wlubgmanapun, sy akan cuba upload gambar dan aktiviti anakanda alamanda setiap hari supaya tak jadi 'luput tarikh'.
Aktiviti ini kami buat hr khamis dan jumaat lepas...seronok sgtla anakanda alamanda sebab cikgu kata nk buka kedai minum...ice blended tu pun puas fikir nk buat apa yek...nk ajar apa yek...ABC pulak saja wat camtu...tu pun mereka dah teruja..kalau betul2 buat ABC camne rupanya yek...apa pun bagus anakanda alamanda....sentiasa mempamerkan kerja yang baik...

GROUP TIGER...



GROUP DUCK

HASIL...TIGER...

KUMPULAN DUCK YG TIDAK MENGECEWAKAN...

GROUP LION...YG SELALU WAT CIKGU PENING TP BAIK...

Tekun!

HASILNYA.....

mcm tembikai tak kawan2

ice blended MILO....Yummy!

HASILNYA...

 
Nilai murni....berkongsi sesama kawan yek...




Anakanda Alamanda

Kak Nabila PPM kontrak yg baik hati...

Cikgu tumpang sekaki...sama bulan MAC
4 April 2011.....sambutan hari lahir pertama Permata Hatiku SKPP 11(2)...untuk peringkat pertama ni, sambutan hanya untuk anakanda yang menyambut hari lahir pada Januari hingga Mac sahaja...sangat meriah walau sederhana....terima kasih untuk ibu Afiq yang sudi menyumbang kek coklat dan kek pisang..yg pasti cikgu pun x sempat merasa kek coklatnya...LICIN! alhamdullilah...tandanya SEDAP!

Anakanda Afiq, Madihah dan Afifi....wlu hadiah nya kecil tapi nampaknya mereka amat menghargainya...tanda anak cemerlang...


Anak-anak Alamanda......Baik anak cikgu ni

Music Therapy

Salah satu aktiviti kegemaran saya....bila kita membaca tentang muzik terapi kita selalu tertanya-tanya adakah impak muzik terapi kepada kanak-kanak.? sebagai guru, kadang-kadang apabila membaca teori tidak lengkap rasanya tanpa praktikalnya sekali dan apa yang dapat saya katakan....benar terapi muzik dapat meredakan ketegangan kepada kanak-kanak...tak percaya tengok anakanda Alamanda semasa aktiviti ini dijalankan...

tiba-tiba aman sekejap kelas Alamanda...ketika ini, selepas balik dari PJ...badan mereka keletihan..sambil mendengar muzik..saya minta mereka  berehat..

Arfan betul-betul tertidur....antara anakanda 'aktif' di kelas Alamanda.akhirnya tewas dengan terapi muzik...saya juga pernah membaca bahawa tidur adalah penting bagi kanak-kanak..em...bukan kanak-kanak saja malah orang dewasa juga..tidur dapat meredakan ketegangan fikiran tetapi percayakah bahawa masa tidur kita juga adalah masa kita berfikir??? pernah juga saya terbaca tentang kanak-kanak semasa tidur atau baru-baru hendak tidur, ibu bapa digalakkan membisikkan kata-kata kasih sayang dan harapan di telinga mereka....otak mereka akan memproses maklumat tersebut..wlu tidur otak masih bekerja....saya fikir, ibu bapa yang berminat tentang terapi muzik ini bolehla ke http://www.more4kids.info/361/music-therapy-for-children/.Patutla kalau di barat...membaca buku cerita sebelum tidur bertujuan untuk pembelajaran ketika tidur...sama-samala kita kaji maklumat ini yek...

kanak-kanak suci....






4
Diambil sempena bunga Alamanda yang banyak ditanam di Pusat Beli Belah terbesar di Putrajaya...oleh sebab lokasi sekolah di Putrajaya maka nama Alamanda dipilih supaya senang diingati :)..bunga Alamanda jika dilihat sepintas lalu seperti bunga Jasmin tapi Alamanda mempunyai kelopak yang lebih besar daripada kelopak Jasmin..warnanya kuning lebih banyak terdapat ditanam dan hidup subur di Malaysia berbanding Jasmin yang berwarna putih...harap sedikit info ini dapat dikongsi bersama.....yek :)

GURU KELAS



Puan Marlina Binti Mohamed
26 Mac 1979
KPLI Prasekolah
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Seni (UNIMAS)
Pernah berkhidmat di SK Pengkalan Ara, Chenderong Balai, Perak
(Tahun 2007-2010)
Mula berkhidmat di  SK Putrajaya Presint 11(2) pada Tahun 2011
email: mohamedmarlina@gmail.com




KELAS BARU, SEMUA BARU (14 Dis 2010)

Kelas Alamanda yang telah dibersihkan tetapi masih menunggu kedatangan perabot-perabot terutama kerusi meja bakal anak-anak murid tercinta.Diharap sebelum persekolahan bermula nanti...tidakla anak-anak murid duduk di bawah kan...insyaalah tidak.


Wah! ruang yang kosong ini.....emmm...apa yek idea untuk menghias kelas...sebenarnya bukan menghias tetapi menghasilkan sudut-sudut pembelajaran yang membawa kepada kelas yang lebih kondusif.......

22 Dis 2010

In Progress...


Sesi Pembelajaran Murid2 Kelas Alamanda (05 Jan 2011)


       Sesi p&p bermula.....alhamdullilah hari ke-2 dpt hafal semua nama anak-anak dalam kelas....
Adam paling cepat siap....tapiii kena perbaiki lagi ni yek Adam...

Laila Zafirah, sempat posing tuh!! :)

Dari kiri: Syakir, Adyan dan Afiq...Adyan paling senyap tp baik hati..suka pinjamkan  sharpener dia...sebab paling TAJAM!


Amira...tekun sangat..tunjuk sekali boleh dah yek...


Dari Kiri: Zafirah, NisRina....tekun kan...

Natasya yang baik dan cool...
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL TAHUN 2011





11 ulasan:

  1. Semoga laman web ini akan diminati ramai dan menjadi penyambung info antara pewaris dan guru-guru prasekolah serta pihak PPWPP, khususnya Puan Roddiah, penyelaras Prasekolah Putrajaya.

    BalasPadam
  2. rase teruja bila anak dapat join prasekolah..semoga masa depan permata hatiku cerah & berjaya mencapai visi & misi yg telah ditetapkan..

    BalasPadam
  3. Rasa teruja anak dapat join prasekolah..tahun depan masuk darjah 1..semoga masa depan permata hatiku cerah & segala misi dan visi tercapai..ummi sayang k.long (qistina balkis)

    BalasPadam
  4. terima kasih cikgu....anak saya zafirah skrg seronok nak gi sekolah...kalau boleh cuti pun dia nak ke sekolah juga...pastinya cikgu pandai mengambil hati murid2 prasekolah ni...terutamanya kelas alamanda...

    BalasPadam
  5. terima kasih dengan komen-komen puan, dengan adanya sokongan ibu bapa diharap prasekolahpermatahati dapat mencapai misi dan visinya memartabatkan pendidikan prasekolah.insyallah.

    BalasPadam
  6. Mula-mula masuk sekolah Afiqah sangat bersemangat. Tapi setelah dua tiga hari bersekolah semangat nak pergi sekolah tu hilang. Macam-macam alasan dia bagi untuk tidak ke sekolah. Alhamdulillah, dalam minggu ni Afiqah bersemangat semula nak ke sekolah. Tak susah nak kejutkan dia pagi-pagi. Terima kasih Cikgu atas perhatian dan keperihatinan Cikgu.

    BalasPadam
  7. salam...
    saya tertarik dengan muzik terapi tu..mmg mudah tidur ye? muzik mcm tu kt kedai mana yg byk jual?
    Bagus sekolah ni..perkembangan dpt diketahui terus oleh ibubapa sbb guru2 cekap guna kemudahan ICT utk penyebaran maklumat. Kalau ada Facebook utk sekolah ni pun bgs juga.. ;)

    BalasPadam
  8. tahniah cikgu, teruskan usaha anda. kami ibu bapa akan terus menyokong cikgu.....
    terima kasih

    BalasPadam
  9. semua ok tetapi kenapa murid india seorang pun takda

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tiada permohonan dari murid india..yg ada kadazan dusun (non muslim) mungkin kerana majoriti penduduk presint 11 Putrajaya terdiri daripada bangsa Melayu.

      Padam
  10. Sangat menarik..baru jer masuk dan ushar.2...anyway keep up a good work cikgu marlina n t gang...

    BalasPadam

Persembahan Senamtari 2012

Video Pertandingan Tarian di SKPP 8(2)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog

Pertandingan Tarian 2012

Pertandingan Tarian 2012

Pertandingan Kreativiti dan Estetika

Pertandingan Kreativiti dan Estetika

Tarian 2013

Tarian 2013

Pertandingan Rekacipta

Pertandingan Rekacipta